Wednesday, 21 August 2013

Buat kesekian kalinya..

Fuuuu...dah berkurun-kurun aku tak jenguk blog sendiri ni. Last update tahun 2011?? Takdela lame mana sangat pun kan..tiba2 je teringat kat blog harini, x tau sebab ape..bosan sgt kot nak buat keje, masih dalam mood raya lagi..nak kena tunggu minggu depan baru mood keje meresap dalam diri ini semula :D

Tuesday, 16 August 2011

Jom2 join FACEBLOG!

Post

about

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit

Saturday, 6 August 2011

Shukran jazilan.. :)

Alhamdulillah, Allah SWT telah memberi aku peluang utk hidup dan merasai Ramadan pada kali ini..sungguh bersyukur di atas segala nikmat dan rezeki yang telah dilimpahkan olehNya. Tidak lupa juga, Allah telah memberi aku peluang utk sampai ke umur 20, iaitu pada hari ini. Aku akan sentiasa bersyukur di atas segala pemberianMu ini Ya Allah.. Shukran Ya Allah...aminnn



Friday, 22 July 2011

Jumaat: Penghulu segala hari

Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud "sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat.Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat."

"Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah."
Imam Al-Ghazzali menambah bahawa Kaab Al-Ahbar (seorang tabien dan ulama yahudi yang memeluk Agama Islam pd zaman Saiyidina Abu Bakar) berkata burung-burung dan haiwan apabila bertemu satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan "Selamat, selamat hari yang baik".Imam Al-Ghazzali juga berkata malam Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan disunnahkan pd mereka yg mempunyai isteri bersatu pd malam itu.

Doa Antara Dua Khutbah
Kebanyakan ulama berpendapat waktunya adalah antara dua khutbah, iaitu pd saat imam sedang duduk setelah khutbah pertama sebelum beliau bangun utuk khutbah kedua. Saat inilah saat yang paling dimustajabkan doa.

Sedekah Pada Hari Jumaat
Bersedekah membawa pahala yang besar. Ia menjauhkan bala, menjauhkan penyakit dan mendekatkan diri kepada Allah. Apalagi jika dilakukan pada hari Jumaat.

Mati Pada Malam Jumaat
Hadis nabi "Tidak seorang muslim yg mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali diselamatkan Allah daripada fitnah kubur".

Kelebihan Menunaikan Sembahyang Jumaat
Nabi bersabda 
1) "Barangsiapa yg dapat menunaikan sembahyang Jumaat maka baginya disisi Allah pahala seratus orang yg mati syahid
2)Dan barangsiapa meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak 3 kali tanpa darurat, maka Allah akan mengecap hatinya".

Ibadah pada hari Jumaat.
1)Pejalan ke masjid - adalah sunnah mengambil jln yg jauh tetapi apabila pulang sunnah ambil jln yang dekat - Imam Al-Ghazzali.
2)Sabda nabi "Banyakkanlah berselawat ke atasku pd hari Jumaat kerana sesungguhnya ia adalah hari saksi (hari Jumaat) disaksikan oleh para malaikat.
2)Mandi dan Pakaian
Sunnah pada hari Jumaat memakai pakaian yang bersih, baru dan berwarna putih.Memotong Kuku. Ibn Masud berkata "Mereka yg memotong kuku pd hari Jumaat, Allah akan sembuhkan dia dari segala penyakit dan berikannya keselamatan."

Thursday, 14 July 2011

~pOtLuCk TiMe!!

Assalam to all.. :)


ok, ari rabu semalam ade makan2 sket kat bilik guru.cam bese lah, kalo dah makan mane bole lepas "slot berharga" tu kan..haha. dengar2nye ade sorang cikgu baru naik gred DG41, die yang blanje kot. kepada beliau, kami ucapkan tahniah & moga2 perkhidmatannya sentiasa cemerlang hari demi hari. InsyaAllah :)



air tangan gua beb!! haha


basuh beras dgn gpk 1 lagi tuuu...




erkkk,,,alhamdulillah.... :D

Monday, 11 July 2011

it's 12.00am . it's my FIRST BLOG!! :D

Assalamualaikum and a very goodnite.. well, sounds weird when i give salam n say goodnite..but, who cares? Hoho :D